Website ini dibangunkan untuk membantu anda menguruskan penyakit buah pinggang kronik (CKD) dan meningkatkan kualiti hidup.
Di sini, anda akan menemui maklumat dan sumber untuk membantu anda memahami CKD, membuat perubahan gaya hidup, mengikuti perkembangan ubat-ubatan anda, mengurus gejala anda dan menghadapi cabaran emosi.
Pelbagai perkhidmatan sokongan, termasuk forum dalam talian , bilik sembang WhatsApp , dan bimbingan khusus merawat CKD
Berikut adalah beberapa faedah bila anda mengurus sendiri CKD:
- Anda boleh memperlahankan perkembangan penyakit, mencegah dialisis dan menjalani hidup yang lebih sihat.
- Anda boleh mengurangkan risiko komplikasi, seperti penyakit jantung dan strok.
- Anda boleh lebih yakin mengawal kesihatan anda.
Jika anda sudah bersedia untuk mula, berikut ialah beberapa petua:
- Dapatkan pendidikan tentang keadaan anda.
- Buat perubahan gaya hidup.
- Kenali kesan ubat yang anda makan.
- Pantau gejala CKD yang anda alami.
- Dapatkan sokongan dari rakan dan kumpulan.
Sila daftar dahulu untuk mendapat akses penuh.