Suku Suku Separuh adalah cara pengambilan hidangan yang pasti akan terlintas di minda saat topik diet timbul.
Seperti yang selalu dikhabarkan tentang kebaikannya dan yang diterangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pinggan Sihat Malaysia, ia adalah cara pemakanan yang patut dijadikan tabiat kita kerana membahagikan setiap kumpulan makanan (karbohidrat, protein, serat) mampu memberi nutrien yang secukupnya kepada badan dan secara langsung boleh membantu mengekalkan kesihatan.
Namun konsep Suku Suku Separuh tidak semestinya bermanfaat untuk pesakit CKD.
Makanan sihat CKD berbeza dan unik dari segi porsi (atau bahagian), sumber protein, pilihan makanan, pengambilan air dan kaedah memasak.
Keperluan nutrien seharian seorang pesakit CKD bergantung kepada bacaan ujian darah (laporan makmal) dan peringkat penyakit. Ini bermaksud walaupun kebanyakan pesakit CKD Tahap 2 dan 3 boleh menggunakan Pinggan Sihat Malaysia sebagai panduan dalam pengawalan porsi (asalkan sumber protein berasas tumbuhan dibiasakan dan pengambilan protein haiwan dihadkan), ia tidak sesuai untuk diamalkan oleh pesakit yang sudah berada di Tahap 4 dan 5.
Dengan fungsi buah pinggang yang lemah, lebihan air, lebihan kreatinin (sisa dari metabolisme protein) dan elektrolit (sodium, kalium atau potassium, kalsium, fosfat) dalam badan tidak dapat dikeluarkan melalui urin dengan sempurna, masalah yang disusuli komplikasi penyerapan nutrien. Semua ini menyebabkan edema (atau juga dikenali sebagai water retention) dan kadar kreatinin dan elektrolit dalam darah sering tidak stabil.
KLIK SINI untuk download
Versi Lengkap (37 mukasurat)

Kemerosotan keupayaan ini menjejaskan kualiti darah dan menimbulkan simptom-simptom biasa CKD (keletihan, kebengkakkan badan akibat edema, sesak nafas, diarrhea, muntah-muntah), menjadikan ilmu diet (termasuk tentang ubat-ubat yang diambil) penting dalam pengurusan hidup pesakit CKD.
Pengamalan diet yang betul akan meringankan beban pada buah pinggang, justeru mampu melambatkan progres kehilangan fungsinya.
Selain memilih kaedah memasak yang sihat (merebus, mengukus, memanggang dan penggunaan minyak yang sedikit) dan mengelak makan makanan diproses, pesakit perlu lebih teliti dalam pengambilan air dan pengawalan porsi dengan mempelajari nilai nutrien di sebalik setiap hidangan agar air serta kadar kreatinin dan elektrolit dalam badan tidak tercapai atau menurun ke tahap yang membahayakan.
Ini bermakna diet mesti diamalkan mengikut jumlah keperluan air dan nutrien seharian yang dikira dan disyorkan oleh pakar dietetik atau pakar kesihatan.Â
Masalah kreatinin dan elektrolit pula tidak terhad kepada diet sahaja. Mengambil tahu jenis ubat yang dimakan boleh bantu mengesan sama ada ia ada kaitan dengan perubahan yang ditunjuk dalam ujian darah: contohnya menjadikan satu peringatan yang ubat-ubat hipertensi selalunya menaikan kadar kalium (potassium) dalam badan, malah boleh mendorongnya keluar daripada julat normal.Â
Secara keseluruhannya, pesakit CKD perlu bincang dengan pakar dietetik atau doktor bagi memastikan diet yang ideal untuk peringkat penyakit yang dihadapi dan bacaan darah yang terkini. Pesakit juga mesti tahu masalah kreatinin dan elektrolit boleh berpunca dari kesan sampingan ubat-ubatan.
- Penyediaan makanan CKD boleh menjadi mudah bila anda tahu caranya. Klik sini untuk mendalami diet CKD dan mendapatkan idea hidangan untuk seminggu.