muat turun pdf dokumen dalam bahasa Melayu
Berpuasa adalah satu amalan yang terdapat dalam pelbagai corak dan tempoh. Jenis-jenis puasa yang biasa didengar adalah:
- puasa basah atau water fasting, dimana minum air dibenarkan, namun ini selalunya bukan untuk jangka yang lama dan hanya biasa dilakukan sebelum mengambil ujian darah, dan
- puasa berkala atau intermittent fasting (IF), yang bermaksud individu tidak akan makan dan minum dari 13 ke 18 jam, iaitu amalan yang sering dikaitkan dengan bulan Ramadan.
IF juga merujuk kepada kaedah yang berbeza-beza, termasuk berpuasa untuk 8 jam sahaja ataupun hanya makan sekali sehari (untuk tempoh tertentu).
Puasa yang dilaksanakan pada bulan Ramadan tidak sama dengan puasa berterusan (prolonged fasting), sejenis kaedah puasa yang melebihi 24 jam.
Sudah terbukti menerusi pelbagai kajian, banyak manfaat kesihatan boleh diperolehi melalui amalan puasa – dari bacaan gula darah yang baik ke pencegahan kanser. Tapi apa kesannya pada pesakit CKD?
Seperti yang diterangkan dalam artikel sebelum ini (Kenapa Diet CKD Penting), pengambilan nutrisi yang betul amat penting buat pesakit CKD.
KLIK SINI untuk download
Versi Lengkap (37 mukasurat)

Sekalipun tanpa berpuasa, nutrisi tidak boleh diserap oleh badan pesakit CKD dengan sempurna akibat fungsi buah pinggang yang lemah. Sekiranya keperluan nutrisi harian tidak dipenuhi, masalah seperti dehidrasi, ketidakseimbangan elektrolit dalam darah dan simptom-simptom lain akan timbul, menjejaskan lagi kesihatan pesakit.
Menurut kajian dari Nephrology Clinic of King Khalid University Hospital di Riyadh, Kerajaan Arab Saudi, pesakit CKD Tahap 3–5 yang berpuasa mengalami kemerosotan fungsi buah pinggang atau worsening renal function (WRF). Kajian tersebut menunjukkan bahawa “daripada 22 pesakit yang mengalami WRF, 8 beransur pulih manakala 14 masih ada tahap kreatinin tinggi yang berlarutan”.
Namun begitu, ramai pesakit masih memilih untuk berpuasa walaupun menghadapi pelbagai komplikasi kesihatan. Dengan cara yang betul dan pantauan rapat oleh pakar kesihatan, pesakit mampu berpuasa dengan selamat.
Ini bermakna pesakit harus mengambil langkah berjaga-jaga dan berbincang terlebih dahulu dengan pakar dietetik atau doktor bagi memastikan sama ada mereka layak untuk berpuasa.
Baca seterusnya: Panduan berpuasa untuk penghidap penyakit buah pinggang
muat turun pdf dokumen dalam bahasa Melayu