Categories
facebook whatsapp

Raya Bersama atau Tanpa Lauk Daging

Setiap kali tibanya Aidilfitri, daging menjadi bahan yang sinonim dengan juadah istimewa. Antara sajian yang dinantikan adalah rendang tok, kari daging dan serunding.

Menikmatinya bersama keluarga dan rakan-rakan adalah salah satu sebab meriahnya hari raya.

Tetapi situasi ini juga boleh menjadi cabaran bagi penghidap CKD (non-dialysis), golongan yang mengalami masalah penyingkiran kreatinin sehingga memerlukan amalan pengambilan protein haiwan yang teliti.

Pengurusan diet pesakit CKD non-dialysis selalunya menumpukan kepada memakan protein berasas tumbuhan dan mengurangkan protein haiwan, terutamanya daging merah. Ini kerana berbanding daging putih (seperti ayam dan ikan), daging merah mengandungi lebih banyak protein dan kreatinin darinya diserap oleh badan dengan lebih cepat.

Saiz untuk satu hidangan daging merah (lembu atau kambing) adalah 3 auns, iaitu lebih kurang sebesar tapak tangan (tidak termasuk jari) dan mempunyai 24-27 g protein. Jumlah ini sudah mencecah jumlah protein yang dihadkan buat sesiapa yang perlu mengamalkan diet protein rendah (low-protein diet).

Daging merah mengandungi nutrien penting seperti zat besi, zinc dan kumpulan vitamin B, namun kebaikan ini disusuli sifat keradangan yang boleh memberi kesan lebih teruk pada fungsi buah pinggang jika dimakan dengan kerap.

Di bawah adalah informasi mengenai daging merah yang anda boleh jadikan sebagai panduan pada musim perayaan ini atau pada masa yang diperlukan.

  • Anggaran kandungan nutrien dalam daging merah yang digoreng, dipanggang atau direbus untuk satu porsi (3 auns, bersamaan saiz tapak tangan tidak termasuk jari) adalah 24-27 g protein, 60 mg sodium, 230 mg potassium, 185-195 mg phosphorus: pengambilan yang minima untuk satu hidangan amatlah penting ketika beraya kerana anda mungkin akan menjamu sajian berasas daging pada waktu makan lain. Kuah atau masakan yang menggunakan rebusan daging dan tulang tidak terkecuali dari mengandungi protein dan kreatinin yang tinggi, contohnya mee rebus dan sup tulang. * Info daging merah ini tidak termasuk bahan-bahan lain yang diperap dan/atau yang dimasak dengannya, contohnya jumlah sodium mungkin melebihi dari apa yang tertera di atas.
  • Nasi-nasi istimewa seperti yang dihidangkan di kenduri selalunya diperisakan dengan rebusan daging ayam, lembu atau kambing. Untuk menambahkan rasa lemak, susu cair mungkin turut digunakan dalam jenis masakan ini dan juga dalam sajian lain yang berkuah. Memadankan nasi dengan lauk pauk dengan berhati-hati mampu mengekalkan anda di zon selamat dari segi jumlah protein dan nutrien-nutrien lain yang mungkin patut dikawal.

KESIMPULAN

Pengambilan daging merah yang minima perlu diambil serius kerana kandungan protein yang tinggi dan juga kreatinin yang mudah diserap badan. Membuat kombinasi yang bijak untuk setiap hidangan dapat mengurangkan risiko peningkatan kadar kreatinin dalam darah. Sepertimana kebanyakan pesakit CKD non-dialysis perlu teliti dalam memilih sumber protein, daging merah sebaiknya dinikmati dalam kuantiti kecil kalau bukan untuk sekadar rasa agar tidak membebankan buah pinggang.

berikut adalah Menu Sajian 7-Hari untuk Pasien CKD Tahap 4 & 5 ~ KLIK SINI untuk download

error: Content is protected !!