Quran 20:119 ربِّ زِدْنِي عِلْماً
Qasim bin Abdur-Rahman meriwayatkan bahawa Nabiﷺ berkata, “Tambahkan halba ke dalam senarai ubat-ubatanmu.”
Nabiﷺ mengunjungi salah seorang sahabatnya, Sa’ad bin Abi Waqqass, yang telah dijangkiti penyakit semasa dia tinggal di Mekah, dan kemudian meminta seorang tabib memeriksanya. Setelah diagnosis dibuat, Nabiﷺ memberitahu, “Dia akan baik-baik saja. Beri dia sup ramuan kurma dan halba.”
Halba sebagai Penawar Penyakit – artikel ini ditulis khas bagi ahli grup facebook Rawat CKD, Elak Dialisis bertujuan memberi petunjuk rawatan dari Sunnah Nabiﷺ melalui cara yang mudah, murah, berkesan dan selamat. Halba mudah didapati dari pasaraya, contohnya 100 gram untuk kegunaan dua puluh hari, pada harga di bawah RM5.
Cara Menyediakan Rumusan – sebagai seorang Muslim, kita diajar supaya bersederhana dalam semua perkara. Setiap pesakit adalah unik dari sudut kombinasi faktor umur, jantina, berat badan, pemakanan, gaya hidup, persekitaran kediaman, dan terutamanya penyakit sampingan lain (CKD comorbidity). Oleh itu rawatan bagi setiap pesakit perlulah bak pepatah, “mengukur baju di badan sendiri”.
Selain itu, ubat-ubat hospital yang dimakan turut mempengaruhi sistem badan pesakit, terutamanya pesakit buah pinggang CKD, di mana penapis buah pinggang terpaksa pula mencuci darah dari pencemaran bahan kimia yang terkandung dalam ubat.
Ramai juga yang salah sangka dengan kebaikan herba dan makanan sunnah sehingga mengambilnya secara berlebih-lebihan dan berterusan. Contohnya, adalah merbahaya mengambil habatussauda dalam dos yang tinggi dan berterusan setiap hari kerana ia boleh menyebabkan darah terlampau cair, terutamanya jika diambil bersama ubat hospital.
Oleh itu, adalah mustahak untuk tidak melampau dalam rawatan penyakit, dengan mengambil iktibar dari pesan Nabiﷺ , Makan Setelah Lapar, Berhenti Sebelum Kenyang. Begitulah juga dalam hal berubat – ambil ubat bila sakit, berhenti setelah sembuh. Berbeda sangat dengan konsep ubat dan vaksin hospital yang diberi sepanjang hayat! Ini ialah kerana doktor sendiri menganggap bahawa kebanyakan penyakit kronik, contohnya CKD tidak boleh sembuh, justeru ubat dibekalkan selagi hidup.
Penyediaan Kaedah 1
Satu sudu kecil atau 5 gram biji halba, diketuk sedikit dengan batu lesung supaya lerai. Masukkan ke dalam cawan (250ml) bersama tiga biji buah kurma (isi sahaja), dan tuang air mendidih. Minum apabila bancuhan tersebut mulai suam. Kunyah biji halba dan isi kurma perlahan-lahan sebelum telan. Amalkan di waktu pagi ketika perut kosong. (boleh diamalkan tanpa kurma jika khuatir dengan bacaan gula atau potassium)
Penyediaan Kaedah 2
Rendam satu sudu kecil atau 5 gram biji halba, tanpa diketuk, dalam 250ml air panas semalaman. Kunyah biji halba dan minum rumusan tersebut di waktu pagi ketika perut kosong. Boleh tambah madu asli atau madu mentah untuk perasa dan manfaat tambahan.
Penyediaan Kaedah 3
Satu sudu kecil atau 5 gram biji halba di rebus dalam 500ml air selama 15 minit atau sehingga warna air kekuningan dan naik bau, atau meninggalkan 300ml baki air. Biarkan suhu air turun kepada paras suam terlebih dahulu, jika nak tambah madu. Minum air rebusan dan kunyah biji halba tersebut.
Pemantauan : Amalkan selama tiga pagi berturut-turut, dan perhatikan kemajuan. Ambil bacaan gula dan tekanan darah. Jika semakin baik, teruskan amalan setiap hari. Jika bacaan sudah kembali normal, jarakkan pengambilan selang sehari, atau tiga hari, atau seminggu sekali.
Nota: Ubat-ubat hospital seperti Metformin dan Gliclazide (diabetes) dan pencair darah Wafarin, Coumadin dan Heparin (jantung/darah tinggi) tidak boleh diambil bersama halba.
Adjuvant/Bahan Sokongan : halba sesuai diguna dengan kurma, buah tin, madu, barli, habatussauda, cikori, licorice (akar manis)
Ok, admin fikir yang ini adalah pengetahuan asas yang pesakit CKD perlu tahu terlebih dahulu jika mahu memulakan terapi halba. Perincian dan kajian sains mengenainya, admin akan kemaskini bila ada peluang dan masa. InshaAllah.
Rujukan Medik Sumber Islamik : Ibnu Sina | Ibnu Qayyim | Jalaluddin As-Suyuti
Rujukan Sains Terkini : Fenugreek Pharmacological Properties
Halba bersifat panas dan kering. Sekiranya rebusannya diminum, ia akan mendatangkan haid. Ia juga berguna dalam kes kolik atau kembung perut, dan kadang-kadang digunakan dalam enema masam dan pembersih usus.
Telah diriwayatkan bahawa Nabiﷺ pernah bersabda, “Sekiranya ummatku tahu apa yang ada di dalamnya halba, mereka pasti membelinya dan membayar beratnya dalam emas.” Pengarang kitab Al-Wasila telah menyebarkan hadith ini. Halba menguatkan jantung. Antara sifat khasnya ialah ia mengurangkan bau busuk najis, peluh dan air kencing. – Tibb an-Nabbi, Jalaluddin asSuyuti
Manfaat Halba bagi Pesakit Buah Pinggang – walaupun halba mempunyai banyak manfaat rawatan penyakit lain seperti – senggugut, susu badan, seksual, kulit, rambut gugur/botak, hernia, gastro-usus, GERD, acid reflux, IBS – namun, dalam artikel ini kita akan terlebih dahulu fokus kegunaannya khusus dalam mengurus simptom-simptom penyakit buah pinggang dan komplikasi seperti :-
- Kencing Manis / Diabetes
- Tekanan Darah Tinggi / Hypertension
- Gout Uric Acid / Hyperuricemia
- Bengkak Air / Edema
- Kurang Sel Darah Merah / Anemia
- Masalah Jantung / Cardiovascular
- Sembelit / Constipation
Kencing Manis / Diabetes
Enam dari sepuluh pesakit CKD mengalami Diabetes. Salah satu sebab kandungan gula yang tinggi dalam darah berpunca dari kerintangan insulin (insulin resistance), yakni apabila sel menghalang gula daripada masuk ke dalamnya untuk disimpan, menyebabkan timbunan gula dalam darah. Mengikut satu kajian, ia adalah gangguan autoimmune yang kerap berlaku seiring dengan pengambilan vaksin.
Selain itu ialah faktor kegagalan fungsi pankreas untuk menjana insulin yang cukup bagi mengimbangi lambakan gula akibat pemakanan yang salah.
Benih atau biji halba mengandungi serat dan bahan kimia lain yang dapat melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dan gula dalam badan. Ia membantu tubuh memproses gula dengan cekap, mencegah insulin resistance dan meningkatkan jumlah insulin yang dikeluarkan oleh pankreas.
Tekanan Darah Tinggi / Hypertension
Tekanan darah tinggi boleh berlaku atas sebab fizikal dan mental, contohnya akibat berlebihan berat badan (obese) dan stress.
Ubat darah tinggi, ubat tahan sakit, autoimmune, pencair darah, antibiotik adalah antara ubat²an yg boleh naikkan paras potasium darah, satu kondisi yg disebut Hyperkalemia.
Artikel Hyperkalemia and Blood Pressure Regulation