Categories
kajian

Diet Berasaskan Sayuran untuk Penyakit Buah Pinggang Kronik

Abstrak

Cadangan pemakanan tradisional kepada pesakit buah pinggang ialah: supaya mengehadkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana kandungan potasium yang tinggi. (dalam artikel ini, penulis menaikkan hujjah kenapa cadangan tersebut tidak tepat dan perlu dicerap semula)

Tiba Masanya untuk Menimbang Semula Cadangan Tersebut

Walau bagaimanapun, paradigma ini berubah dengan pantas disebabkan oleh pelbagai faedah yang diperolehi daripada diet asas vegetarian seperti:

  • pemulihan dysbiosis usus, mengurangkan bilangan patogen dan spesies penapaian protein yang membawa kepada pengurangan pengeluaran toksin uremik yang sangat berbahaya,
  • manakala kandungan serat yang tinggi dalam diet ini memperelok motilitas (pemerahan) usus dan pengeluaran asid lemak rantaian pendek.

Asidosis metabolik dalam penyakit buah pinggang kronik (CKD) diburukkan lagi dengan pengambilan daging yang tinggi dan bijirin halus, menambah beban asid pemakanan,

  • manakala pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran mampu meneutralkan asidosis dan akibatnya yang memudaratkan.
  • Penyerapan fosforus dan bioavailabiliti juga lebih rendah dalam diet vegetarian, mengurangkan hiperfosfatemia, punca kematian kardiovaskular yang diketahui dalam CKD.
  • Kekayaan pelbagai nutrien dalam tumbuhan - magnesium dan vitamin K mengelakkan kekurangannya, yang biasa berlaku pada pesakit ini.

Kesan berfaedah ini, bersama-sama dengan pengurangan keradangan dan tekanan oksidatif yang diperhatikan dengan diet ini, mungkin menjelaskan pengurangan komplikasi dan kematian pesakit buah pinggang, dan mungkin melambatkan perkembangan CKD. Akhirnya, walaupun hiperkalemia adalah kebimbangan utama diet ini, penggunaan teknik memasak yang betul boleh meminimumkan jumlah potasium yang diserap.

Kata kunci: CKD, diet berasaskan sayuran, hiperkalemia, serat, mikrobiota usus, beban asid diet, toksin uremik, fosforus. 

... isi kandungan yang lengkap dan seterusnya adalah untuk Ahli sahaja, sila log masuk atau daftar terlebih dahulu :

Sertai program kami:

error: Content is protected !!