Categories
facebook whatsapp

Mencegah Kegagalan Buah Pinggang Melalui Diet

Buah pinggang kita adalah organ yang sangat vaskular (bersaluran). Itulah sebabnya mereka kelihatan sangat merah di dalam. Lagipun, dua buah pinggang kecil kita perlu menapis seluruh bekalan darah kita, dan oleh itu, menerima kira-kira 20% daripada ‘output’ atau  keluaran jantung kita, setiap kali jantung kita mengecut.

Maka, jika diet standard masakini yang dikira sangat toksik kepada saluran darah di jantung, otak, dan pelvis kita-yang membawa kepada serangan jantung, strok dan disfungsi seksual – apa yang mungkin ia lakukan kepada buah pinggang kita? Penyelidik di Harvard  baca sini meletakkan soalan itu untuk ujian. Beribu-ribu wanita, dan diet mereka, dan fungsi buah pinggang mereka diikuti selama sedekad.

Apa yang mereka cari ialah kehadiran protein dalam air kencing, yang dikenali sebagai mikroalbuminuria. Tidak sepatutnya ada sebarang protein dalam air kencing kita. Fungsi keseluruhan buah pinggang kita adalah untuk menyimpan bahan yang baik dalam darah kita, dan menyingkirkan yang buruk. Ia sepatutnya menyimpan protein, dan jika tidak, itu petanda buah pinggang kita mula gagal.

Terdapat tiga faktor risiko penting untuk penurunan fungsi buah pinggang, dan tiada satu pun yang mengejutkan, memandangkan kita bercakap tentang saluran darah yang tersumbat dan meradang.

Secara khusus, diet yang lebih tinggi dalam protein haiwan, lemak haiwan dan kolesterol mungkin dikaitkan dengan microalbuminuria – yakni, kegagalan fungsi buah pinggang.

Namun, tiada perkaitan sedemikian ditemui untuk protein tumbuhan atau lemak tumbuhan.

Dan mikroalbuminuria adalah semboyang yang memberitahu anda bahawa pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan saluran darah anda.

Microalbuminuria dan pengurangan sederhana dalam fungsi buah pinggang sangat kuat dikaitkan dengan penyakit buah pinggang yang terang-terangan disusuli dengan risiko kardiovaskular (saluran jantung) dan kematian semua punca (bermaksud jangka hayat yang dipendekkan).

Ringkasnya, diet yang lebih rendah dalam protein haiwan, lemak haiwan dan kolesterol boleh melindungi daripada kerosakan buah pinggang ini.

Bukan sahaja diet berasaskan tumbuhan kelihatan menghalang kemerosotan fungsi buah pinggang, ia juga boleh digunakan untuk merawat kegagalan buah pinggang. Walaupun pada beban protein yang sama, badan mampu mengendalikan perkumuhan fosforus dengan lebih baik daripada diet berasaskan tumbuhan, mengurangkan risiko kalsifikasi metastatik

Salah satu fungsi penting buah pinggang kita ialah menapis lebihan fosforus daripada aliran darah kita.

Oleh itu, apabila fungsi buah pinggang kita merosot, fosforus boleh terkumpul di dalam badan kita, dan menyebabkan sesuatu yang dipanggil kalsifikasi metastatik – di mana injap jantung anda, otot, dan bahagian lain badan anda boleh membina deposit kalsium, dan akhirnya mengakibatkan nekrosis kulit, amputasi gangren, dan macam-macam perkara buruk.

Jadi, jika seseorang mengalami kemerosotan fungsi buah pinggang, doktor mereka mungkin akan meletakkan mereka pada diet rendah fosfat, yang sukar, kerana pada dasarnya semua yang mengandungi protein mempunyai fosforus.

Hakikatnya, kedua-dua makanan tumbuhan dan makanan haiwan mempunyai fosforus.

Tetapi apabila orang yang makan makanan dari kedua-dua tumbuhan dan haiwan (omnivor) telah dibandingkan dengan mereka yang amal pemakanan nabati atau tumbuhan, kumpulan nabati ketara kurang protein yang keluar ke dalam air kencing mereka – satu penanda baik kepada fungsi buah pinggang yang sihat.

Jadi kita boleh buat kesimpulan bahawa keputusan ini boleh mengesahkan amalan diet Nabati di kalangan pesakit CKD menerima beban protein yang lebih rendah berbanding pengamal diet Omnivor.

Dan kita tahu bahawa diet rendah protein nampaknya melambatkan perkembangan kegagalan buah pinggang. Jadi, timbul persoalan adakah diet berasaskan tumbuhan (Nabati) membantu kerana mereka kurang makan protein, atau kerana badan mereka entah bagaimana mampu mengendalikan protein tumbuhan dengan lebih baik daripada protein haiwan?

Untuk memikirkannya, anda perlu membahagikan orang kepada dua kumpulan – separuh menjalani diet nabati, separuh tidak, dengan syarat (caveat) penting untuk memastikan kedua-dua kumpulan makan jumlah protein yang sama dan jumlah fosforus yang sama. Dan itulah yang penyelidik lakukan, baca sini.

Diterbitkan baru-baru ini dalam Journal of the American Society of Nephrology , saintis mengambil pengamal diet nabati, lalu menukar mereka ini kepada diet daging, dan kemudian mengambil pemakan daging, dan meletakkannya pada diet nabati.

Walaupun pengambilan fosforus dan protein dikekalkan sama dalam kedua-dua kumpulan diet, tahap fosforus yang tersekat dalam aliran darah mereka yang menjalani diet daging, berbanding dengan yang mengamalkan diet sayuran jauh lebih tinggi.

Jadi, ada sesuatu tentang makanan tumbuhan yang membolehkan badan kita mengendalikan kandungan fosforusnya dengan lebih baik.

Jumlah fosforus yang sama, tetapi fosforus tumbuhan kelihatan lebih mudah untuk dibersihkan dari badan kita.

Keputusan positif telah dilihat walaupun hanya 1 minggu dengan diet separuh nabati. Ini bermakna, diet berasaskan tumbuhan atau diet nabati mungkin bermanfaat untuk mengawal keseimbangan fosforus pada pesakit CKD.

error: Content is protected !!